Thursday, October 15, 2009

Sabar itu INDAH..














Aku meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran.Ujian yang kutempuhi begitu berat kurasakan sehingga nafas didada ini begitu menyesakkan.Aku x mampu untuk berbuat apa2,fikiranku buntu,jiwaku sengsara,betul2 mendera.Oh Tuhan,apa yang perlu ku lakukan untuk meringankan beban hambamu ini.Aku tidak tahu sampai bila aku harus berkeadaan sebegini.Ku tahu manusia x kan lari dari dibelenggu dgn masalah,tetapi masalah ini lah yang membuatkan diriku berubah warna menjadi kelam.Tiada lagi keceriaan terpancar dari wajah,hanya kesuraman menyelubungi diri.Manusia sekarang hanya tahu melihat kepentingan diri s
ehingga mata mereka kabur untuk melihat erti perikemanusiaan.Mereka berlumba-lumba untuk mengejar kesenangan hidup di dunia sehingga lupa apa itu persaudaraan sesama manusia.Sehingga akhirnya ada yang menjadi mangsa kerakusan mereka.Manusia-manusia yang gilakan kuasa ini tersenyum bangga melihat saudara mereka ditindas,dimalukan dan dihina.Tiada langsung rasa belas kasihan terpamer dari riak wajah mereka,yang ada hanyalah senyuman sinis dan rasa puas dapat menjatuhkan saudara sendiri.Sampai bilakah yang menjadi mangsa akan terus terseksa?Aku tiada jawapannya..aku akui bahawa diri ini lemah,x kuat untuk hadapi dugaan yang maha hebat,namun sesiapun x akan tahan jika terus tertindas.Sabarlah wahai diri agar terus cekal dan sentiasa panjatkan doa pada yang Esa,mohon petunjuk dariNya.Segala yang terjadi,baik atau buruk,ada hikamah disebaliknya.Kadang2 kesenangan yang selalu dikecapi akan menjauhkan kita daripadaNya...

Renungkanlah wahai diriku..


Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai orang - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W juga pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Mungkin inilah ketentuan dari Nya untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..Kesabaranlah jawapannya kerana ianya merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarab.Keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat sekali gus menolak mudarat. Seperti ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan....

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates