Friday, November 13, 2009

**Brush Your English**

Wanna brush ur english?Read this...;p

So,what do I press??



Thanks for the suggestion...!!



Are they your relatives...?

Nice to meet them!!


Sorry,I can't treasure the used one..!




Bottled water in a can?



DATA BREAKER?!?!?!


Okay..

Please do not disturb me?

I won't..Promise



Take the child

Fall into water carefully???

OR

HAVE A CAREFUL SUICIDE;P

Adoiyaii..fenin lalat



Mcm nak cakap RABBITS pon ada gak.huhu



The key to EXISTENCE is PUSHING!!



Yes..I will..!



Died on the table?

Thanks for your CORPORATION!































































































































































































































































































































































Monday, November 9, 2009


Gambar ni diambil time Family Day HSBC kat Genting Highland akhir bulan October lepas.Best gak la,dapat makan free kat Restoran Kampung Resort,high class punya,company sponsor,apa lagi melantak la.hehe.Pastu kitorg main game ala2 Amazing Race gitu,yang bestnya semua dapat hadiah,hadiahnya plak ialah vaucher Jaya Jusco walaupun terpaksa share 7 orang.Tp x pa yg penting enjoy.Kenangan yang paling x dpt dilupakan time cabaran Sky Venture.Aku kena masuk game yang ala2 sky diving terjun udara tp ni dalam dbuat dlm bilik silinder khas dengan kelajuan angin 190km sejam.Habis sakit2 badan aku terapung2 di udara..huhu(^v^)

Monday, October 19, 2009






17th Oct 2009,Sabtu-KLCC,Central Market & Masjid Jamek


Hujung minggu la yang selalu aku tunggu-tunggu untuk beristirehat dan merehatkan minda dari kesibukan berkerja setiap hari.Kali ni aku memilih untuk meronda area KL jer,takde plan nak pergi jauh-jauh,maybe next week la kot nak pergi Genting Highland untuk Family Day staff HSBC.Kali ni jalan-jalan cuci mata best sket sebab bertambah geng,adik abg Mas (Ima) dengan kawannya,Mira datang dari Sabah,baru habis kursus kat Kuala Kubu.Shopping sakan dorang kat KL,letih aku ikut sebab aku bukan jenis berjalan sangat,aku lebih suka pergi ke satu tempat dan berehat menikmati keindahan panorama,chewah!Tetapi tetamu datang dari jauh dan jarang2 jumpa plak tu,aku willingkan juga la diri,kita kan kena mengutamakan tetamu;).Hari tu pergi Central Market,tiba-tiba terjumpa satu kedai,tertarik gak la nak tengok sebab ramai masuk kat kedai tu.Rupanya spa ikan..hehe.Apa lagi aku and the geng pon try la.First masukkan kaki kat dalam kolam tu rasa geli sgt sebab ikan2 tu akan serbu kaki kita,tapi lama2 rasa seronok plak,RM5 untuk 10 minit,agak berbaloi la sebab kaki akan rasa ringan lepas tu sebab ikan tu bersihkan kaki kita dengan makan sel-sel kulit yang dah mati.Apapon enjoy that day..tadi subuh baru jer hantar Ima & Mira kat KLIA dgn abg Mas..Will miss the moment with them here..;)

Sunday, October 18, 2009













16/10/09-Jumaat-Al-Malik Faisol Hall,International Islamic College,Batu Caves.

Alhamdulillah,sebelum pergi kerja hari Jumaat lepas,sempat pergi ke Majlis Hari Raya IIC.Abg Mas, Zairy & Khairy(VARIAN) buat persembahan.Aku pergi dgn adik abg Mas(Ima)& Mira,jauh dorang ni datang,dari Sabah.First time sampai IIC ni,sebelum ni dekat dgn UIA jer,boleh nampak bangunan kolej tu dari tepi jalan,sekarang dah pindah ke Batu Caves.Happening gak majlis ni,ramai yang buat persembahan dari kalangan student situ juga tapi mantap.Juadah pon ok la,nasi minyak,acar dgn ayam masak merah.Hari tu Varian nyanyi 3 lagu,aku paling suka lagu Muhasabah Cinta tapi ramai yang minat lagu Aku Tanpa Cintamu,lagu Mirwana feat JJ.Nampak segak Varian berbaju melayu..I like it very much..hehe;)

Thursday, October 15, 2009

Sabar itu INDAH..














Aku meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran.Ujian yang kutempuhi begitu berat kurasakan sehingga nafas didada ini begitu menyesakkan.Aku x mampu untuk berbuat apa2,fikiranku buntu,jiwaku sengsara,betul2 mendera.Oh Tuhan,apa yang perlu ku lakukan untuk meringankan beban hambamu ini.Aku tidak tahu sampai bila aku harus berkeadaan sebegini.Ku tahu manusia x kan lari dari dibelenggu dgn masalah,tetapi masalah ini lah yang membuatkan diriku berubah warna menjadi kelam.Tiada lagi keceriaan terpancar dari wajah,hanya kesuraman menyelubungi diri.Manusia sekarang hanya tahu melihat kepentingan diri s
ehingga mata mereka kabur untuk melihat erti perikemanusiaan.Mereka berlumba-lumba untuk mengejar kesenangan hidup di dunia sehingga lupa apa itu persaudaraan sesama manusia.Sehingga akhirnya ada yang menjadi mangsa kerakusan mereka.Manusia-manusia yang gilakan kuasa ini tersenyum bangga melihat saudara mereka ditindas,dimalukan dan dihina.Tiada langsung rasa belas kasihan terpamer dari riak wajah mereka,yang ada hanyalah senyuman sinis dan rasa puas dapat menjatuhkan saudara sendiri.Sampai bilakah yang menjadi mangsa akan terus terseksa?Aku tiada jawapannya..aku akui bahawa diri ini lemah,x kuat untuk hadapi dugaan yang maha hebat,namun sesiapun x akan tahan jika terus tertindas.Sabarlah wahai diri agar terus cekal dan sentiasa panjatkan doa pada yang Esa,mohon petunjuk dariNya.Segala yang terjadi,baik atau buruk,ada hikamah disebaliknya.Kadang2 kesenangan yang selalu dikecapi akan menjauhkan kita daripadaNya...

Renungkanlah wahai diriku..


Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai orang - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W juga pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Mungkin inilah ketentuan dari Nya untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..Kesabaranlah jawapannya kerana ianya merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarab.Keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat sekali gus menolak mudarat. Seperti ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan....

Monday, October 12, 2009

Raya di Bangi...



















Hari ini beraya kat Bandar Baru Bangi,rumah Nik,ex-classmate Abg Mas kat Maahad Hamidiah Kajang dulu.Sampai kat sana dalam jam 1pm,Alhamdulillah,nasib baik x sesat sebab x arif sangat jalan nak ke rumah dia.Sedap gak makanan,apa lagi melantak habis la lagi-lagi tengah lapar gler.Buat muka tak malu jer.Family dia pon x kisah,baik sangat family Nik,ramah jer.Dah tu,balik naik KTM kat UKM.Betul2 menguji kesabaran di petang2 yg panas.KTM ada problem stuck kat Seremban.Ada la lebih kurang sejam lebih kat terminal UKM tu,dah tu ramai gler student UKM kuar time tu.Tunggu start dari jam 3 lebih,train sampai dekat2 jam 5pm..apa x ramai org.Train datang mmg da full gler tp try gak nak masuk sbb da x tahan nk tggu train lg satu datang,dah exhausted..huhu.Aku tgk dah macam ikan sardin kat dalam train dengan bau yg bermacam-macam,ada sorang kakak tu skit nak termuntah,risau gak dia muntah kat dalam train,alamatnya aku pon muntah sama.huhu.Pasni x nak da naik train KTM..x sanggup..huhu.

Saturday, October 10, 2009

;;

Template by:
Free Blog Templates