Friday, August 28, 2009

Salam kepada semua yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog yang tak seberapa ni.Mungkin ada yang mengenali diri saya dan mungkin ada juga yang tak kenal,tak berapa kenal atau kenal melalui nama jer.Oleh itu,saya nak la juga menceritakan serba sedikit tentang diri,asal usul,keluarga,kawan-kawan saya dan juga tanah tumpah darah.Saya ni memang anak jati Sabah atau lebih spesifiknya Sandakan,berbangsa sungai+kadazan+cina dan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.Saya mula menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung tahun 2003 bila mendapat tawaran memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan telah menamatkan pelajaran pada tahun lepas 2008.Kini Alhamdulillah bekerja di HSBC Data Processing Malaysia(HDPM) Kuala Lumpur sebagai Global Support Executive dan dah dekat setahun bekerja di sini.Ok la,setakat itu mengenai diri saya..;) Sekarang saya nak bawa sesiapa yang melawat blog ni mengenali Sabah bersama saya.Jom!!




















Gambar ni saya ambil time Tamu Besar (kalau kat sini Pasar Pagi) di Jalan Gaya,Kota Kinabalu.Masa ni temankan mak dengan adik pergi beli barang dapur dan beli la sedikit makanan untuk dimakan.Saya ni suka sangat makan,dah jadi hobi.hehe;)Masa survey benda-benda untuk dimakan,terjumpa satu gerai yang menjual barang antik dan alat muzik tradisional sabah.Leka juga tengok,walapun saya ni orang sabah tapi bab-bab alat tradisional ni kurang arif gak.huhu..:p Tamu ni hanya dibuka setiap pagi hujung minggu jer.Memang ramai pelancong asing pergi ke tamu ni sebab banyak kraftangan sabah dijual di sini.Saya pun ada gak beli sikit cenderamata untuk kawan-kawan kat office.










Saya paling suka tengok suasana matahari terbenam.Tenang dan mendamaikan jiwa.Menikmati betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa.Waktu ni saya dalam perjalanan nak ke rumah kawan.Lalu kawasan sawah padi ni dengan berlatar belakangkan matahari senja betul-betul menarik perhatian.Jadi saya pun berhenti sekejap menghayati suasana.Jalan pun waktu tu lengang je tak banyak kereta.Siap boleh ambil gambar kat tengah-tengah jalan raya lagi.










Gambar-gambar kat atas ni pula di ambil masa kakak ina iaitu kakak kepada abang masriezan kahwin.Ni salah satu daripada adat kaum Bajau iaitu meraikan sesuatu perkahwinan dengan bermain alat muzik tradisional.Biasanya perayaan ini akan berlangsung seawal seminggu sebelum perkahwinan dan dimainkan setiap hari.Adat ini dinamakan "Bertitik" dan tujuan sebenar adat ni adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai bahawa ada perkahwinan akan belangsung di tempat itu.









Ni la masyarakat kampung yang patut di contohi.Saling tolong-menolong meringankan beban jiran tetangga yang memerlukan bantuan.Orang-orang kampung Muhibbah,Petagas datang membantu menyembelih kerbau dan memotong daging untuk majlis kahwin.Seronok gak dengar makcik-makcik tu berborak masa berkumpul potong daging,banyak sangat cerita,yang penting tak bosan la.Saudara mara pengantin datang beberapa hari awal sebelum majlis kahwin untuk sama-sama mejayakan perkahwinan.Saya pun ada gak..hehe;)












Hah!Dah sampai masanya nak perkenalkan orang yang diraikan,raja & permaisuri sehari.Sama cantik dan sama padan,bagai pinang di belah dua.Abg Mas ada iras-iras kakaknya tak?hehe..Gambar pelamin warna kuning tu ialah pelamin dengan sentuhan adat kaum Bajau.Nampak unik dan cantik,saya pun baru pertama kali melihat dengan sendiri majlis kahwin orang Bajau yang penuh dengan adat.Pelamin warna pink tu sentuhan pelamin moden.Minat sangat dengan pelamin ni sebab hiasan dan warna pink memang warna kegemaran saya.Baju kuning yang dipakai oleh pengantin tu ialah baju tradisional kaum Bajau.Unik kan..takpe,saya kahwin nanti nak pakai baju Kadazan plak.









Sekarang ni berbalik semula ke kisah saya.Dua orang minah berbaju merah tu ialah adik-adik kepada abang Mas kite ni..Nakal budak berdua ni..Happy-go-lucky & happening.Tak dapat nak tahan dari gelak kalau dah dengan dorang lebih-lebih lagi kalau abg Mas pun join the club sekali alamatnya tak kering gusi.huhu.Yang berbaju hijau tu ialah mak kepada pengantin dan dua orang budak kecik tu ialah dua sahabat baik,yang berbaju hitam tu adik abg Mas dan yang berbaju kurung tu ialah adik kesayangan saya..Shima.Ok la..cukup setakat ni kisah saya..sehingga jumpa lagi di post yang akan datang...;)

Thursday, August 27, 2009

Aku Sayang Padamu..IBU


SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi
orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang
tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang
bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"


Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana
dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: "Berbaktilah kamu kepada dua
ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan
peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu
memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak
yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka
dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini
jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: "Sebesar-
besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh
manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu."

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah
perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi
pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu
loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir
dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal
dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir
keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala
kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar
tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang
membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sayang tidak berbelah
bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan
diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-
kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat
dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya.
Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih
sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang
kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang
menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada
hadis yang diceritakan Tabrani: "Dua (kejahatan) yang akan dibalas
oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu
bapa."

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita
yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk
penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah,
gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu
peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan
isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang
dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit
yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat
dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada
harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya
merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat
sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa
sedih melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih
ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya
buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang
kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan "Å“h, oh, oh, oh."
Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi
menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput
menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan
Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci
lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang
dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya
berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa
anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu
memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran
perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda
memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-
hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa
anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang
tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai
Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia.
Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula
berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan
nafas terakhir.

Mohon la maaf kepada ibu bapa sebelum terlambat yer..

Wednesday, August 26, 2009



Hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau
Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.


Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanj
ang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah ia
itu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa s
aja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: Ya R
asulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: Kerana saya tidak ada baju baru.

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saj
a kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.


Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, August 25, 2009

Tijah..ooo..Tijah

Tijah ingin break ngan boiprennya,
omputeh melalui surat:
Hi!,
my motive write this letter to give know
you something…..
i want to cut connection us,
i saw you play wood
three in front of my eyes.
so i pull my body from
this love.!
you are really crocodile land!!
i dont want you to play2 with my liver.
i have been crying until no more eye water…
i dont want banana to fruit two times….SAFE WALK!

Broken liver,
Tijah….

Telefon

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”

Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”

Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”

Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Hari Jadi ke-17!!!!

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Peminat Mawi..;)

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

heeeeheeee...."

Monday, August 24, 2009


Ramadhan wahai saudaraku, bukanlah bulan tuk bermalas-malasan. Bukan pula ia menjadi alasan tuk memperbanyakkan tidur dan berdiam diri. Sebaliknya, ramadhan adalah bulan dimana seorang hamba semestinyalah berlumba-lumba dalam memperbanyakkan amal soleh di bulan ini. Kerana setiap kebaikan yang kita lakukan di bulan penuh maghfiroh ini, kan diperoleh pahala yang berlipat ganda. Ini kerana Ramadhan adalah bulan yang begitu istimewa, selain kerana berkat, rahmat dan ampunan Allah begitu deras mengalir tuk para hambanya di bulan Ramadhan, peristiwa-peristiwa besar dan penting yang sempat disaksikan oleh Rasulullah pun terjadi pada bulan ini. Tercatat ada 8 peristiwa penting pada zaman Rasulullah yang terjadi bertepatan dengan bulan ramadhan.

1.Perang badar dan penaklukan kota makkah (fathu Makkah) terjadi pada bulan ramadhan. Rasa haus dan lapar tidak seharusnya dijadikan alasan tuk berhenti bekerja. Kerana setiap gerak langkah kita, akan di catat sebagai ibadah di mata Allah, bahkan akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT. Subhanallah….

2.Tercatat sebanyak 6 kali Rasulullah melakukan peperangan melawan kaum kafir Quraishy pada bulan ramadhan.


3.Pada bulan Ramadhan pula pernikahan Ali dan Fatimah dilangsungkan.


4.Begitu juga pernikahan Rasulullah sendiri dengan Hafshah binti Umar bin Khatab serta Zainab binti Khuzaimah, terjadi pada bulan dimana al Qur’an ini diturunkan.


5.Kematian putri Rasulullah SAW, Ruqoyah, juga bertepatan dengan bulan Ramadhan.

6.Hancurnya berhala-berhala, seperti Latta, Uzza, dan Mana’at milik kaum kafir Quraisy pas di bulan penuh rahmat dan ampunan ini.

7.Runtuhnya masjid Adh Dhirar milik orang-orang munafik terjadi pada bulan puasa.

8.Dan yang terakhir, datangnya rombongan delegasi kaum Tsaqif yang ingin masuk islam juga bertepatan di bulan Ramadhan.

Itulah beberapa peristiwa penting yang terjadi pada bulan Ramadhan dimana Rasulullah menjadi saksi akan peristiwa tersebut. Peristiwa-peristiwa diatas tentu saja semakin mengukuhkan kebenaran akan kemuliaan dan keistimewaan bulan suci Ramadhan. Belum lagi ditambah fakta penting bahwa al Qur’anul karim juga diturunkan bertepatan dengan bulan penuh rahmat ini. Subhanallah.

Sahabat, sisa ramadhan yang masih cukup panjang ini seharusnyalah kita isi dengan memperbanyak amal soleh. Mari kita berusaha seboleh mungkin memanfaatkan setiap waktu yang Allah amanahkan tuk beribadah kepadaNya. Kerana belumlah tentu Ramadhan tahun depan akan menyapa kita lagi. Ramadhan yang sedang berjalan dihadapan kita sekarang ini adalah kesempatan baik untuk berlama-lama dengan Robbul ‘Izzati. Jangan sia-siakan saat ini. Insyaallah rahmat Allah sentiasa mengalir kepada mereka yang mengisi waktunya tuk beribadah semata-mata mengharap redha Allah Ta’ala.

Hatiku..

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama
dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

Saturday, August 22, 2009



Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia

menangis,

Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu,

Jika kamu membiarkannya pergi,

Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya……..

Seseorang Wanita tidak akan menangis dengan Mudah,

Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Hanya jika dia sangat menyayangimu

Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Jika seorang wanita pernah menangis keranamu,

Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu

sepanjang hidupmu.

Jika seorang Wanita menangis karenamu.

Tolong jangan mensia-siakannya.

Mungkin karena keputusanmu,

Kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,

saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya,

Dapatkan kau lihat dan rasakan sakit yang

Dirasakannya?

Fikirkanlah……………..

Wanita mana lagi yang akan menangis

Dengan murni penuh rasa sayang,…….

Didepanmu dan Keranamu…….

Dia menangis bukan karena dia lemah

Dia menangis bukan kerana menginginkan

Simpati

Atau rasa kasih sayang

Dia menangis,Kerana……

Menangis dengan diam-diam sudah

Tidak memungkinkannya lagi.

Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu

Dan semuanya kerana dirimu

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau

lakukan untuknya.

Hanya kau yang tau jawapannya

Pertimbangkanlah,kerana suatu hari nanti

Rasa penyesalan akan datang dan terlalu lambat

untuk dikenang

Mungkin juga akan terlambat untukr ucap

KATA MAAF.

Tuesday, August 18, 2009



Tahniah buat abang Masriezan atas kejayaannya dalam pertandingan Battle of Nasyedeen 2009 yang dianjurkan oleh IRKHS Society UIAM sempena Islamic Festival yang berlangsung di Main Auditorium UIAM,Gombak pada 16th August.Pertandingan ini diadili oleh penyanyi nasyid Fitri UNIC dan juga Sufian Saujana.Sebanyak 11 kumpulan dan seorang solo menyertai pertandingan ini.Alhamdulillah nasib menyebelahi abang Masriezan yang mana merupakan satu-satunya peserta solo pada malam tu walaupun hanya mendapat tempat ke-3.Kumpulan Algebra pun turut hadir pada malam itu mengadakan persembahan sebagai artis jemputan.Ramai sebenarnya bakat-bakat terpendam student-student UIA ni tapi tidak pernah dicungkil dan digilap contohnya seperti kumpulan Fidini yang majoriti ahlinya berasal dari Sabah.Program seumpama ini amatlah digalakkan untuk mencungkil bakat baru dan memartabatkan industri nasyid tanah air.Untuk abang Mas,semoga maju jaya.Bak katanya.."Dakwah jalan terus"..;)

Monday, August 17, 2009

Konsert Opick UIAM



Me and my cousin Farahdina atau lebih dikenali sekarang dengan nama Farah Leia Az-Zahra yang mana juga merupakan seorang artis nasyid yang sedang meningkat naik melalui lagunya Mencari Yang Hilang dan dia juga pernah menjadi DJ jemputan IKIM baru-baru ni.Waktu ni kami tengah tengok konsert Opick kat Main Auditorium UIAM sempena Nusantara Cultural Night.Difahamkan inilah kali pertama Opick berkunjung ke Malaysia dan membuat persembahan.Bangga juga universitiku menjadi persinggahan pertama dia kat Malaysia ni.Memang minat sangat kat Opick sejak lagu dia jadi tema drama Bella lakonan Elly Mazlin.Meriah malam tu,Opick pandai tarik perhatian audience dan lagu-lagu dia semuanya sedap didengar terutamanya lagu Di Bawah LangitMu.Apapun,memang terhibur malam tu dan diucapkan selamat maju jaya kepada Opick Tamboati.

Tuhanku


Doaku..


Sunday, August 16, 2009

Cintaku..La Tahzan



Saturday, August 15, 2009


;;

Template by:
Free Blog Templates