Friday, November 13, 2009

**Brush Your English**

Wanna brush ur english?Read this...;p

So,what do I press??



Thanks for the suggestion...!!



Are they your relatives...?

Nice to meet them!!


Sorry,I can't treasure the used one..!




Bottled water in a can?



DATA BREAKER?!?!?!


Okay..

Please do not disturb me?

I won't..Promise



Take the child

Fall into water carefully???

OR

HAVE A CAREFUL SUICIDE;P

Adoiyaii..fenin lalat



Mcm nak cakap RABBITS pon ada gak.huhu



The key to EXISTENCE is PUSHING!!



Yes..I will..!



Died on the table?

Thanks for your CORPORATION!































































































































































































































































































































































Monday, November 9, 2009


Gambar ni diambil time Family Day HSBC kat Genting Highland akhir bulan October lepas.Best gak la,dapat makan free kat Restoran Kampung Resort,high class punya,company sponsor,apa lagi melantak la.hehe.Pastu kitorg main game ala2 Amazing Race gitu,yang bestnya semua dapat hadiah,hadiahnya plak ialah vaucher Jaya Jusco walaupun terpaksa share 7 orang.Tp x pa yg penting enjoy.Kenangan yang paling x dpt dilupakan time cabaran Sky Venture.Aku kena masuk game yang ala2 sky diving terjun udara tp ni dalam dbuat dlm bilik silinder khas dengan kelajuan angin 190km sejam.Habis sakit2 badan aku terapung2 di udara..huhu(^v^)

Monday, October 19, 2009

Free yourself & Have Fun!!






17th Oct 2009,Sabtu-KLCC,Central Market & Masjid Jamek


Hujung minggu la yang selalu aku tunggu-tunggu untuk beristirehat dan merehatkan minda dari kesibukan berkerja setiap hari.Kali ni aku memilih untuk meronda area KL jer,takde plan nak pergi jauh-jauh,maybe next week la kot nak pergi Genting Highland untuk Family Day staff HSBC.Kali ni jalan-jalan cuci mata best sket sebab bertambah geng,adik abg Mas (Ima) dengan kawannya,Mira datang dari Sabah,baru habis kursus kat Kuala Kubu.Shopping sakan dorang kat KL,letih aku ikut sebab aku bukan jenis berjalan sangat,aku lebih suka pergi ke satu tempat dan berehat menikmati keindahan panorama,chewah!Tetapi tetamu datang dari jauh dan jarang2 jumpa plak tu,aku willingkan juga la diri,kita kan kena mengutamakan tetamu;).Hari tu pergi Central Market,tiba-tiba terjumpa satu kedai,tertarik gak la nak tengok sebab ramai masuk kat kedai tu.Rupanya spa ikan..hehe.Apa lagi aku and the geng pon try la.First masukkan kaki kat dalam kolam tu rasa geli sgt sebab ikan2 tu akan serbu kaki kita,tapi lama2 rasa seronok plak,RM5 untuk 10 minit,agak berbaloi la sebab kaki akan rasa ringan lepas tu sebab ikan tu bersihkan kaki kita dengan makan sel-sel kulit yang dah mati.Apapon enjoy that day..tadi subuh baru jer hantar Ima & Mira kat KLIA dgn abg Mas..Will miss the moment with them here..;)

Sunday, October 18, 2009













16/10/09-Jumaat-Al-Malik Faisol Hall,International Islamic College,Batu Caves.

Alhamdulillah,sebelum pergi kerja hari Jumaat lepas,sempat pergi ke Majlis Hari Raya IIC.Abg Mas, Zairy & Khairy(VARIAN) buat persembahan.Aku pergi dgn adik abg Mas(Ima)& Mira,jauh dorang ni datang,dari Sabah.First time sampai IIC ni,sebelum ni dekat dgn UIA jer,boleh nampak bangunan kolej tu dari tepi jalan,sekarang dah pindah ke Batu Caves.Happening gak majlis ni,ramai yang buat persembahan dari kalangan student situ juga tapi mantap.Juadah pon ok la,nasi minyak,acar dgn ayam masak merah.Hari tu Varian nyanyi 3 lagu,aku paling suka lagu Muhasabah Cinta tapi ramai yang minat lagu Aku Tanpa Cintamu,lagu Mirwana feat JJ.Nampak segak Varian berbaju melayu..I like it very much..hehe;)

Thursday, October 15, 2009

Sabar itu INDAH..














Aku meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran.Ujian yang kutempuhi begitu berat kurasakan sehingga nafas didada ini begitu menyesakkan.Aku x mampu untuk berbuat apa2,fikiranku buntu,jiwaku sengsara,betul2 mendera.Oh Tuhan,apa yang perlu ku lakukan untuk meringankan beban hambamu ini.Aku tidak tahu sampai bila aku harus berkeadaan sebegini.Ku tahu manusia x kan lari dari dibelenggu dgn masalah,tetapi masalah ini lah yang membuatkan diriku berubah warna menjadi kelam.Tiada lagi keceriaan terpancar dari wajah,hanya kesuraman menyelubungi diri.Manusia sekarang hanya tahu melihat kepentingan diri s
ehingga mata mereka kabur untuk melihat erti perikemanusiaan.Mereka berlumba-lumba untuk mengejar kesenangan hidup di dunia sehingga lupa apa itu persaudaraan sesama manusia.Sehingga akhirnya ada yang menjadi mangsa kerakusan mereka.Manusia-manusia yang gilakan kuasa ini tersenyum bangga melihat saudara mereka ditindas,dimalukan dan dihina.Tiada langsung rasa belas kasihan terpamer dari riak wajah mereka,yang ada hanyalah senyuman sinis dan rasa puas dapat menjatuhkan saudara sendiri.Sampai bilakah yang menjadi mangsa akan terus terseksa?Aku tiada jawapannya..aku akui bahawa diri ini lemah,x kuat untuk hadapi dugaan yang maha hebat,namun sesiapun x akan tahan jika terus tertindas.Sabarlah wahai diri agar terus cekal dan sentiasa panjatkan doa pada yang Esa,mohon petunjuk dariNya.Segala yang terjadi,baik atau buruk,ada hikamah disebaliknya.Kadang2 kesenangan yang selalu dikecapi akan menjauhkan kita daripadaNya...

Renungkanlah wahai diriku..


Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai orang - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W juga pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Mungkin inilah ketentuan dari Nya untuk menguji sejauh mana tahap keimananku..Kesabaranlah jawapannya kerana ianya merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarab.Keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat sekali gus menolak mudarat. Seperti ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan....

Monday, October 12, 2009

Raya di Bangi...



















Hari ini beraya kat Bandar Baru Bangi,rumah Nik,ex-classmate Abg Mas kat Maahad Hamidiah Kajang dulu.Sampai kat sana dalam jam 1pm,Alhamdulillah,nasib baik x sesat sebab x arif sangat jalan nak ke rumah dia.Sedap gak makanan,apa lagi melantak habis la lagi-lagi tengah lapar gler.Buat muka tak malu jer.Family dia pon x kisah,baik sangat family Nik,ramah jer.Dah tu,balik naik KTM kat UKM.Betul2 menguji kesabaran di petang2 yg panas.KTM ada problem stuck kat Seremban.Ada la lebih kurang sejam lebih kat terminal UKM tu,dah tu ramai gler student UKM kuar time tu.Tunggu start dari jam 3 lebih,train sampai dekat2 jam 5pm..apa x ramai org.Train datang mmg da full gler tp try gak nak masuk sbb da x tahan nk tggu train lg satu datang,dah exhausted..huhu.Aku tgk dah macam ikan sardin kat dalam train dengan bau yg bermacam-macam,ada sorang kakak tu skit nak termuntah,risau gak dia muntah kat dalam train,alamatnya aku pon muntah sama.huhu.Pasni x nak da naik train KTM..x sanggup..huhu.

Saturday, October 10, 2009










UIA kini tengah meriah dengan convocation fiesta yg datang mcm hari raya juga,setahun sekali.Memang favorite aku pergi fiesta ni sebab banyak sangat stalls,jual baju,makananan,kedai makan berlambak2,jual barang2 convo,perhiasan..bermacam2 la.Aku suka window shopping jer tak beli apapun,jumpa kwn2 lama,borak2,dah lama x jumpa sejak habis blajar ni.Masing2 dah ada kerjaya skrg,cepatnya masa berlalu dan ada gak yg dah berumah tangga,siap dah ada cahaya mata dah..Jeles gak..huhu.Sabar,kalau jodoh takkan ke mana,yer tak.Nak dijadikan cerita,tadi sempat gak la pegi Convest tengok pertandingan nasyid,yang menarik minat aku untuk tengok sebab abg mas pon ikut sekali tapi kali ni bukan berseorangan,dia perform dgn kumpulan Acoustic 4.4.Ada cerita lawak disebalik nama Acoustic 4.4 tu..dapat nama kumpulan tu pon last2 minit nak perform.Acoustic tu dorang dapat sebab dorang nyanyi tak guna minus one,dorang nyanyi dgn diiringi oleh gitar jer dan 4.4 tu ialah nombor bilik anggota2 kumpulan tu kat Mahallah Uthman..haha.Ada 5 orang yang main gitar dan 3 orang nyanyi,semuanya ada 8 orang la.Lagu yang dorang nyanyi mmg lagu favorite aku,aku suggest supaya dorang nyanyi lagu ni,Lagu Cinta by Varian.Antara penyanyi tu mmg ada anggota varian iaitu Abg Mas dgn Khairy.Ahli2 kumpulan tu sebenarnya roomate abg mas,dia bawak semua sekali perform,bagus la,walaupon first time nyanyi dorang tetap sporting walaupun kaku juga la atas pentas..ish3..Zarul..oo Zarul..hang ni klakar..ada bakat menyanyi jg yer,teruskan usaha;)

Friday, October 9, 2009

Dah setahun aku meniggalkan alam student..Bagiku waktu jadi student la yang paling banyak meninggalkan kenangan pahit manis yg x kan dapat ku lupakan terutamanya waktu bergelar mahasiswa.Banyak pengalaman baru dan kenangan yg paling terkesan dalam hidupku bermula di UIA..Kini aku maju selangkah dalam hidupku..menjadi career women..aku teringat kata-kata lecturer yg mengajarku sebelum ini yg belajar ni perkara yg paling mudah jika dibandingkan dgn bekerja.Mula-mula aku x percaya sebab bagiku alam pekerjaan sgt menyeronokkan sebab x perlu buat assignment atau ambil exam.Tetapi aku tersilap...100% silap.Jika diberi pilihan aku akan memilih utk belajar tp tu lah lumrah hidup,kita kena teruskan juga hidup ini dan hadapi segala rintangan untuk berjaya.Memang sukar untuk menghadapi tekanan kerja,tekanan dari fellow colleagues,dan dari pihak atasan,sehingga satu tahap aku berputus asa utk bekerja tetapi aku cuba anggap yg ini sebagai cabaran yg perlu aku sahut untuk aku berjaya.Hingga kini aku tetap dilanda seribu satu masalah di pejabat,tp kerana ada kawan yg cukup memahami dan memberi sokongan membuatkan aku kembali bersemangat untuk teruskan perjuangan..;)
Gambar kenangan time Buddy Lunch,time ni keje dkt e2 Power Cyberjaya,subsidiary OCBC Bank sebagai Customer Service Executive utk Singapore.Batch kitorg sangat la besar dan paling happening kot.Keje mmg 100% stress,ari2 kene maki oleh customer.Ada ke patut takut sangat pasal duit sampai 12 tengah malam pon kol nak tanya brapa balance duit kat dalam akaun.Haha,kadang2 lawak customer2 nih,ada yang nak ajak kuar makan,nak mintak no fon,nak berkenalan.Tp tu la,tahan 4 bulan jer,sbab x tahan ari2 nangis kene maki..last2 resign.Huhu..Tp still keep in touch dgn officemate lama.Ni la 1st job aku yg mmg btl2 membuatkan aku gerun dgn alam pekerjaan ni.Mmg x kuat hadapi tekanan sbb baru je habis stadi dalam beberapa minggu da start keje yg mana mmg antara kerja paling mencabar..tp hasilnya lumayan oo..$$..hanya yg berhati kering dan btl2 minat bidang ni jer yg akan stay..(aku berhati basah la kiranya ni..??)Yang bestnya keje kat sini,walaupun Cyberjaya tu jauh dari KL,tp dapat jimat dari segi kewangan.Kerajaan dah peruntukkan bas Rapid KL tuk sapa2 yg keje kat Cyberjaya.So,transport is free,or utk sapa2 yg bw kete government bg allowance transport $200.Lumayan kan..huhu.Boleh la mewah untuk seketika;)




















Haaa..tempat keje aku skrg,HSBC Data Processing Malaysia.Keje ni lebih kepada Securities Industries,trading saham ala2 bursa saham tu tp bukan saham Malaysia,kitorang trade saham UK.Keje pon ikut time UK.Dah jadi burung hantu da aku ni..tiap2 malam bekerja keras.haha..So far,keje ni ok.Mmg minat pon bidang ni lgpon pernah ambil course saham2 ni time study dulu,kiranya x la alien sgt benda ni.Alhamdulillah da dekat setahun keje kat sini walaupun terpaksa tukar waktu tidur.Malam kene berjaga,siangnya plak,melantak tido...hoho.Kat sini aktif sket la,siap masuk friendly match netball HSBC vs Bursa Sham M'sia,tp kalah..huhu.X pa kita cuba lg next time.Tempat keje kat sini mmg mementingkan keselamatan customer data.HP,cemera,pen drive even MP3 pon x bleh bawa masuk office.Segalanya kene letak kat dalam loker kita sendiri.Yang bleh dibawa ialah badan jer la.huhu.Yang bestnyer lg HSBC kongsi bangunan keje dgn Bursa Malaysia dgn Astro Awani.Selalu sgt la jumpa artis,pembaca berita dgn pengacara kat food court.huuhu.Skrg nak cite ttg geng ofiS HSBC ni.Geng2 aku kat dalam gambar ni mmg kawan baik punya,teman bercerita,teman makan sesama,teman gosip,cerita,luahan perasaan,segalanya la,tp yg paling best semuanya kaki lawak.Asyik buat lawak jer keje dorang.Aku plak kaki gelak jer la.Gelak2 ni dapat gak la meredakan tekanan yg bermacam2 kat office.X lama lagi my best friend akan bertunang dgn pilihan hati.Alhamdulillah dah ada calon jgn tunggu lelama..(Nasihat utk diriku dan dia..hehe;)
X sabar nak pg keje hari ni sebab ada majlis rumah terbuka raya HSBC + Birthday Party utk 3rd quarter batch & Farewell party tuk Mr.Mike,Ass.Vice President kitorang sbb dia nak kene transfer kat Hong Kong daa.Aku jadi committee catering and menu makanan mmg sedap gler..Harapnya semua yg dirancangkan sebelum ni berjalan dgn lancar.Amin..

;;

Template by:
Free Blog Templates