Thursday, August 27, 2009

Aku Sayang Padamu..IBU


SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi
orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang
tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang
bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"


Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana
dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: "Berbaktilah kamu kepada dua
ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan
peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu
memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak
yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka
dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini
jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: "Sebesar-
besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh
manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu."

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah
perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi
pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu
loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir
dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal
dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir
keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala
kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar
tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang
membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sayang tidak berbelah
bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan
diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-
kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat
dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya.
Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih
sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang
kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang
menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada
hadis yang diceritakan Tabrani: "Dua (kejahatan) yang akan dibalas
oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu
bapa."

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita
yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk
penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah,
gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu
peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan
isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang
dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit
yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat
dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada
harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya
merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat
sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa
sedih melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih
ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya
buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang
kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan "œh, oh, oh, oh."
Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi
menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput
menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan
Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci
lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang
dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya
berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa
anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu
memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran
perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda
memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-
hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa
anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang
tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai
Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia.
Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula
berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan
nafas terakhir.

Mohon la maaf kepada ibu bapa sebelum terlambat yer..

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates